Friday, 23 September 2011
Senario Membeli Rumah dan Apartment di Penampang & Kepayan.
Mesti baca punya!.. Terutamanya yang tinggal dikawasan perumahan area Penampang dan Kepayan.. :D
Adakah anda pernah membeli rumah pangsa ataupun apartment?.. Sekiranya ya, anda pasti tahu bahawa anda akan dikehendaki untuk membayar duti setem penuh keatas perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman dengan bank. Dan sekiranya anda membeli rumah kediaman daripada pemaju, duti setem akan dikenakan apabila geran untuk rumah pangsa ataupun apartmen anda dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Ukur, Kota Kinabalu. Pembayaran duti setem ini adalah wajib dibawah Akta Setem 1949.
Duti setem dikenakan mengikut skala. Untuk perjanjian jual beli jenis ‘second/third and thereafter sales’, duti setem 1% akan dikenakan untuk the RM100,000.00 yang pertama (bersamaan dengan RM1,000) dan 2% dari RM100,001.00 sehingga RM400,000.00. Bermakna sekiranya anda membeli rumah pangsa bernilai RM300,000.00, anda akan dikenakan duti setem sebanyak RM5,000.00. Sekiranya rumah itu adalah rumah kediaman yang pertama kali anda beli, anda layak menerima ‘stamp duty remittance (50% discount) (untuk tempoh 2011-2012)’ keatas setem duti itu dan anda akan dikehendaki membayar duti setem sebanyak RM2,500.00.
Untuk perjanjian pinjaman bank, duti setem 0.5% pula akan dikenakan keatas jumlah pinjaman anda TIDAK TERMASUK MRTA. Bermakna, sekiranya anda mendapat pembiayaan sebanyak RM270,000.00 dari bank (90% daripada nilai harga rumah pangsa anda yang bernilai RM300,000.00 itu), anda akan dikenakan duti setem sebanyak RM1,350.00. Dan sekiranya rumah itu adalah rumah kediaman yang pertama anda beli, anda juga layak menerima ‘stamp duty remittance (50% discount)’ keatas duti setem itu dan anda akan dikehendaki membayar duti setem sebanyak RM675.00.
Jadi, untuk rumah pangsa anda yang bernilai RM300,000.00 itu, anda telah menyumbang sebanyak RM3,175.00 (selepas discount) kepada Kerajaan Negara Malaysia melalui pembayaran duti setem ini melalui LHDN Sabah.
Opppss!.. Jangan lupa anda juga akan dikehendaki untuk membayar 6% service tax terhadap yuran guaman kepada peguam yang akan mengendalikan perjanjian jual beli dan pinjaman anda itu dan 6% ini anda kena bayar kepada Kerajaan Negara Malaysia.
Konsep sama dipraktikan dengan pembelian apartment.
Tidak ada sesiapa pun mempersoalkan pembayaran duti setem ini kerana ini adalah undang-undang Malaysia.
Dan adakah anda mahu untuk mengetahui lebih lanjut?
Penampang dan Kepayan adalah dua kawasan yang mengalami peningkatan harga rumah yang mendadak bermula tahun 2006. Sepanjang tahun 2006 – 2009, rumah-rumah jenis pangsa dikedua-dua kawasan ini dijual pada harga lingkungan RM300,000.00 – RM500,000.00. Dan bermula tahun 2011 ini, rumah-rumah jenis pangsa dikawasan ini dijual dari harga RM400,000.00 keatas. Apartment pula dijual antara harga RM100,000.00 hingga RM250,000.00.
Anda percayakah bahawa rumah-rumah pangsa yang dibina sekitar akhir tahun 90an dan tahun-tahun seterusnya dikawasan Penampang dan Kepayan adalah yang termahal di Sabah dan mengalahkan harga rumah-rumah pangsa di Sandakan?
Soalan : Berapa agaknya keuntungan LHDN Sabah dari kegiatan menjual/membeli rumah di-kawasan Penampang dan Kepayan dari tahun 2006 hinggalah pada tahun ini?
Kita semua bersetuju bahawa dalam isu royalti minyak, adalah tidak adil untuk Sabah sebagai penyumbang minyak utama cuma menerima 5% sahaja dan kita semua mahu 20% untuk penjanaan pembangunan Negeri Sabah. Dan dalam konteks ini, Penampang dan Kepayan adalah penyumbang kepada LHDN Sabah dari pungutan duti setem keatas kegiatan pembelian/penjualan rumah-rumah pangsa dan apartmen-apartmen ini.
Apakah yang saya cuba katakan disini?
1. Oleh kerana Penampang dan Kepayan merupakan penyumbang utama dari tahun 2006 hinggalah tahun 2010 kepada LHDN Sabah melalui pembayaran duti setem untuk transaksi hartanah ini, kedua-dua kawasan ini sepatutnya mempunyai justifikasi yang kuat untuk meminta lebih banyak peruntukkan kewangan daripada Kerajaan Negeri Sabah untuk pembinaan infrastruktur asas seperti lampu jalanraya, perparitan dan jalanraya. Namun apa yang dapat dilihat adalah (di daerah Penampang) lampu jalanraya dari Sigah hingga Kg Maang tidak berfungsi, tidak ada lampu jalan raya dari Jalan Bongoon hingga ke Kampung Gunsing, tidak ada sistem perparitan anti-banjir yang efektif di Minintod dan Tanaki, masalah lalu lintas yang teruk dari simpang Kg Dungkahang dan roundabout Yue Min hinggalah ke Bandar Donggongon.
2. Pembayaran duti setem ini adalah kepada Negara dan sepatutnya Negara mengucapkan terima kasih kepada kita semua dengan lebih prihatin kepada masalah-masalah yang kita dihadapi di-kawasan-kawasan perumahan. Namun, masalah air dan sampah di Country Heights, masalah pengurusan yang teruk di Vista Kiranau, masalah geran tanah di Beverly Hills tidak dipedulikan dan kejadian banjir yang merosakkan harta benda juga tidak dihiraukan sehinggalah rakyat menjadi marah. Dimanakah wakil2 rakyat kita yang sepatutnya peka dengan segala masalah rakyat yang tinggal dikawasan-kawasan perumahan ini? Adakah mentaliti ‘ini masalah pemaju, saya tidak boleh buat apa2’ menjadi tema perjuangan kita kepada rakyat?
Saya lontarkan soalan-soalan bonus kepada anda semua.
1. Memandangkan Penampang dan Kepayan mempunyai kepadatan penduduk dan harga tanah yang agak tinggi, mengapakah kedua-dua kawasan ini tidak mendapat perhatian yang khusus daripada Kerajaan Negeri Sabah, yakni, mengapakah Kerajaan Negeri Sabah tidak sanggup untuk mengeluarkan RM3 - 4 juta untuk pembelian 6 – 7 ekar tanah dan seterusnya mempertanggungjawabkan SEDCO ataupun LPPB untuk membina rumah-rumah pangsa jenis sederhana seperti di Tuaran dan apartmen jenis sederhana dengan lift seperti di Platinum Apartment, Putatan dan Lok Kawi Heights sedangkan Penampang mempunyai banyak tanah-tanah kosong yang terbiar? Mengapakah Kinarut yang berada dikawasan Papar menjadi lokasi pilihan untuk pembinaan rumah pangsa jenis sederhana (Kinarut South) sedangkan Penampang dan Kepayan lebih memerlukan rumah-rumah jenis ini?
2. Mengapakah pemimpin-pemimpin parti politik BN yang rata-ratanya adalah dari golongan peguam yang mengetahui perkara ini tidak pernah memberitahu perkara ini kepada rakyat tempatan semua termasuklah ahli-ahli biasa dalam parti politik mereka sendiri? Mengapakah wakil2 rakyat kita tidak berminat untuk memperjuangkan nasib-nasib mereka yang tinggal dikawasan perumahan?
Ehhhhhh..... Jangan lupa, bicara duti setem saya ini hanyalah kepada rumah kediaman di kawasan perumahan dan kita belum berbicara mengenai kedai-kedai yang bernilai RM800,000.00 – RM1,200,000.00..
Fikirkanlah apa yang anda telah lakukan dengan wang anda..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment