Monday, 7 November 2011
Ultimatum dari UPKO kpd BN?.
Saya akan menyokong sebarang usaha untuk menubuhkan RCI mengenai PTI/Projek IC di Sabah termasuklah usaha-usaha daripada parti-parti komponen BN Sabah seperti UPKO, PBS dan LDP.
Isu PTI adalah satu isu yang membabitkan keselamatan Negeri Sabah yang menjangkaui sebarang ideologi politik tanpa mengira jenis kaum ataupun agama. Dan sepatutnya, semua parti-parti politik di Sabah (BN, PR & Bebas) yang menjadikan isu PTI/Projek IC sebagai agenda perjuangan mereka, bersatu untuk memastikan RCI ini menjadi satu kenyataan
Harus diingat, isu PTI/Projek IC bukanlah hak eksklusif mana-mana parti politik di Sabah untuk memperjuangkannya.
Dan pendapat saya mengenai prestasi dan keupayaan wakil-wakil rakyat dari BN di daerah Penampang masih tidak akan berganjak kerana streetlight-streetlight di daerah ini masih tidak berfungsi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment