Good morning, Dr. Saya ingin meminta kepastian daripada Dr. mengenai perkara ini.
Benarkah semasa State Assembly baru hendak bersidang pada tahun 2003, Dr. telah mengatakan kepada Speaker Dewan bahawa Dr. mahu cross bench dari Opposition to Government Bench? Dan apabila Tuan Speaker bertanya kepada Dr. mengapa, Dr. mengatakan kepada Tuan Speaker bahawa Dr. telahpun menjadi ahli UMNO. Ini menyebabkan Dewan pada masa itu terpaksa ditangguh pada masa itu untuk memastikan status Dr. dan Dr. juga telah menunjukkan keahlian kepada Datuk Musa Aman yang kemudiannya mengatakan bahawa keahlian itu betul.
Benarkah dakwaan bahawa Dr. telah mengatakan bahawa Dr. memberikan sokongan penuh kepada BN Sabah sebelum Dr. menganggotai UMNO?
Benarkah dakwaan bahawa ‘penolakkan keahlian Dr. ini bukannya disebabkan oleh pertindihan oleh 2 permohonan Dr. tetapi disebabkan oleh kemarahan Tun Mahathir (PM pada masa itu) kerana Dr. tidak memberi peluang kepadanya untuk mengumumkan kepada Malaysia bahawa Dr. telahpun menganggotai UMNO?
Dan benarkah dakwaan bahawa Dr. ialah senator dilantik dan merupakan Pembantu Menteri Persekutuaun di Kuala Lumpur pada tahun 1994- 1996?
Dr., saya musykil sedikit. Sekiranya perjuangan Dr. selama ini adalah untuk Sabah, 20 Points dan BAgenda, mengapakah Dr. berada dalam pihak kerajaan kemudian dalam pihak pembangkang dan kemudiannya, mahu berada dalam UMNO pula? Kerana Dr. mungkin sudah pasti maklum, sekiranya Dr. berada didalam parti UMNO 7 tahun yang lalu, semua wawasan dan idealisma Dr. seperti autonomi dan sebagainya tidak akan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment