Friday, 23 September 2011

Sembang Sembang Aktivist Pasal Dewan ni kali..





Orang-orang Penampang rata-ratanya tahu, cuma 3 dewan saja yang paling famous untuk function orang kawin. KDCA, Dewan Masyarakat Tun Fuad dan Dewan Kebudayaan.

Satu benda yang saya inda pernah suka pasal ini 3 dewan ni ialah TAHAP KEBERSIHAN TANDAS DISANA!..



Tandas2 disana sangat kotor.. Itu lantai penuh dengan lumpur dan pelbagai lagi benda2 yang mengalir pasal ada leaking dari toilet bowl.. Itu toilet bowl ada kotoran degil warna kuning yang kalu kenang pam seratus kali pun, inda pandai tanggal.. Lepas tu, sangat berbau asam (kencing lah tu).. Kalu ada cermin pun, ko inda dapat pun nampak muka ko pasal kabur.. Inda pernah kena lap..

Saya ingin bertanyakan kepada pihak pengurusan KDCA, Tun Fuad dan Kebudayaan. Apakah mentaliti kamu semua ni taraf kampungan kah?.. Kamu tidak rasa malu kah tandas2 di-dewan2 macam tu kotor?.. Kalu tandas dirumah kamu pun kotor macam tu juga, tidak apalah pasal itu rumah kamu. TAPI OLEH KERANA ANDA DIPERTANGGUNGJAWABKAN untuk memastikan kebersihan tandas2 di dewan2 ini, kamu terpaksa menjalankan tugas kamu.. Kalu tidak dapat tahan dengan tanggungjawab anda ini, resign!!! Senang saja..

Semua maklum, kalu penduduk Penampang mahu buat acara kawin, cuma ni sajalah 3 dewan utama yang jadi pilihan.. Takkanlah semua org Penampang kalu mo kawin, buat tu function di hotel2 besar di KK.. Mestilah ini 3 dewan saja pilihannya.. Jadi, PENGHINAAN YANG AMAT BESAR YANG DILAKUKAN OLEH PENGURUSAN DEWAN2 KEPADA ORANG2 PENAMPANG YANG MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN ini adalah dengan memastikan para jemputan semua ini menggunakan tandas yang amat kotor dan jijik!!!!.

Ubah-lah bah tu mentaliti kamu tu… Kesian bah Penampang ni.. Sudahlah Penampang semakin kena tekan, kamu sibuk2 lagi semua sibuk main Facebook.. Main Allies and Empires.. Sampai tanggungjawab kamu untuk memastikan kebersihan tandas2 di ketiga2 dewan ini tidak terjaga..

Marilah kita sama2 memastikan tandas2 di ketiga2 dewan ini terpelihara.. Semua pihak sama2.. Saya, kau , kami, pengurusan, local authority, pemimpin2 di Penampang.. Semua.. Tidak payah-lah bah sampai kilat macam iklan2 di TV tu asal benda2 yang tidak baik pasal itu tandas2 yang sa mentioned diatas tu, tiada.

JOM UBAH!.. UBAH MENTALITI KITA!.. SAVE PENAMPANG!..


No comments:

Post a Comment