PENAMPANG YOUTH MOVEMENT FOR CHANGE The 7 Demand of PYM4C |
Penduduk Penampang sudah bosan dan lali dengan pelbagai janji-janji yang ditaburkan dan sentimen-sentimen perkauman dan agama yang diperketengahkan oleh calon-calon yang bertanding setiap kali menjelang pilihanraya. Dan kebanyakkan daripada janji-janji yang seringkali diucapkan dalam bentuk ‘ya, betul.. sudah sampai masanya benda ini mesti ada..’ ataupun ‘..sebenarnya memang ada perancangan untuk melaksanakannya tetapi menunggu keputusan/peruntukkan..’
Maka dalam hal ini, Penampang Youth Movement For Change (PYM4C) telah mengetengahkan 7 Tuntutan kepada setiap calon-calon yang akan bertanding pada Piliharaya Umum Ke-13 akan datang ini. 7 Tuntutan ini tidak terbit begitu sahaja dalam masa 3 jam. Tuntutan-tuntutan ini adalah hasil perbincangan dan perdebatan dikalangan ahli-ahli Penampang Youth Movement For Change semenjak penubuhan group page ini pada bulan April 2011.
7 Tuntutan ini adalah :-
1. Penubuhan RCI untuk menyiasat kebanjiran :-
(a) PTI (tanpa dokumen yang sah ataupun yang telah luput); dan
(b) warga asing yang mendapat kewarganegaraan dengan cara yang tidak sah (termasuklah dakwaan Projek IC dan MyKad)
2. Penubuhan sebuah jawatankuasa diperingkat daerah yang akan dianggotai oleh wakil2 dari organisasi-organisasi berikut :- JKKK dari semua kampung di Penampang, Ketua Kampung, Polis, RELA, Imigresen, JPN, Majlis Daerah Penampang, Barisan Nasional, Pembangkang dan NGO untuk memantau, menyiasat dan memeriksa semua kawasan2 setinggan/rumah sewa/kedai runcit di daerah Penampang dan semua kawasan perindustrian/komersil yang disyaki disewakan kepada warga asing tanpa dokumen yang sah/pemegang IC/Mykad palsu dan ini termasuklah dikawasan2 dimana mereka ini disyaki berkerja sepenuh masa/kontrak dan menahan sesiapa yang berkenaan.
Siasatan, pemeriksaan dan penahanan ini juga merangkumi 'stateless/street kids' yang didakwa menjual keputusan nombor ekor ditepi-tepi jalan.
3. Penubuhan sebuah jawatankuasa diperingkat daerah yang akan dianggotai oleh ahli2 panel dari Majlis Daerah Penampang, JKR, UPKR, Barisan Nasional, Pembangkang, NGO dan SPRM untuk menyelia, menyiasat dan meluluskan sebarang projek-projek Kerajaan Persekutuan dan Negeri di semua kampung di daerah Penampang untuk mengelakkan penyelewangan ataupun pembaziran peruntukkan dan untuk memastikan kawasan yang betul2 memerlukan peruntukkan tersebut diberi keutamaan.
4. Pemasangan, penyeliaan dan penyelenggaran lampu-lampu jalanraya di-setiap jalanraya utama dan jalanraya di kampung2 di Penampang, penurapan/pembaikan/penaik-tar
5. Pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Moyog/Togudon yang lengkap dengan asrama.
6. Pembinaan sebuah insitut latihan bertaraf IKBN/ILP di-daerah Penampang untuk memastikan belia2 dari daerah mampu bersaing dari segi teknologi moden, perindustrian dan skill dengan belia2 lain dari daerah lain di Malaysia disamping mengurangkan pergantungan penduduk tempatan Penampang kepada PTI terutamanya di sektor pembinaan.
7. Penyediaan sebuah bilik IT/teknologi disamping penyediaan buku2 yang berkualiti dan berteraskan sains/teknologi/pendidikan moral di perpustakaan2 di semua sekolah rendah di daerah Penampang untuk memastikan semua pelajar-pelajar di-daerah ini celik IT/teknologi serta mempunyai pendidikan akhlak yang baik dari muda lagi.
Atas dasar kesaksamaan dan keadilan, Penampang Youth Movement For Change memberikan peluang 3 bulan ini kepada calon-calon yang bakal bertanding untuk memberikan idea ataupun ‘blueprint’ mereka bagaimana mereka akan dapat memenuhi tuntutan-tuntutan ini.
Penampang Youth Movement For Change (PYM4C) juga tahu bahawa menjelang pilihanraya, pelbagai taktik akan digunakan untuk mengaburi mata penggundi dari penggunaan wang, pemberian material, ugutan, sindiran dan lain-lain lagi.. Maka menjelang pilihnaraya ini, sukarelawan-sukarelawan PYM4C akan mencetak puluhan ribu flyers/brochure mengenai 7 Tuntutan ini yang akan diedarkan disemua kampung-kampung di Daerah Penampang ini. Dalam flyers ini, penduduk Penampang akan diingatkan mengenai isu2 ini dan adakah calon-calon yang mereka akan pilih mampu menjadikan 7 Tuntutan ini sebagai satu kenyataan. Selain daripada itu, PYM4C juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai 7 Tuntutan ini untuk pengetahuan umum. Dan akhir sekali, PYM4C akan mengerakkan semua sukarelawan group page ini yang terdiri daripada golongan belia dari semua kampung di daerah ini untuk menolak calon-calon pilihanraya yang tidak mempedulikan 7 Tuntutan ini.
Penampang Youth Movement For Change (PYM4C) juga mengharapkan agar penyokong-penyokong pasif sesesuatu parti ataupun individu (yang akan bertanding sebagai Bebas) yang merupakan ahli-ahli dalam group page ini memberitahu mereka yang bakal bertanding berkenaan dengan 7 Tuntutan ini.
THE PEOPLE IS THE KING, THE CANDIDATE IS THE SERVANT..
No comments:
Post a Comment