Sunday, 11 March 2012

Opposition statement don't reflect the true picture


Tan Sri Bernard Dompok bilang : "Opposition statement don't reflect the true picture..."

Emmm.... Tiada streetlight di Kg. Pogunon since 1994, streetlight dari Sigah sampai Maang masih belum2 kena upgrade lagi sama streetlight dari KDCA sampai traffic light Donggongon ada tapi tidak berfungsi...


Komen : Pembangkang sebenarnya tidak payah 'menipu' orang2 Penampang lagi kerana sebilangan besar orang2 Penampang sendiri sudah menjadi 'pembangkang' (tanpa mempedulikan apakah parti politik yang mahu mereka sertai) kerana mereka terpaksa mengharungi pelbagai ketidak-selesaan, kemarahan dan ketidak-puasan hati mengenai pelbagai isu di Penampang setiap hari selama 14 tahun....


I learned something when I was in my late 20s that is, '...when you think your life is screwed-up, you have to stop blaming others for your situation coz you got no one to blame except yourself...' similarly, if the people of Penampang begin to question the competence of the elected representatives/leaders from UPKO/BN, these representatives/leaders have no one to blame except for themselves... well, they got 14 donkey years with all the available resources to propel Penampang to be the top district in Sabah.. But unfortunately, the otherway round is happening!! Penampang is becoming worst from day to day with PTIs menace, Pakis traders, traffic jam, flash floods, malfunctioning streetlights, flash floods etc...

Monday, 13 February 2012

Memo kepada Datuk Dr. Jeffrey Kitingan


Good morning, Dr. Saya ingin meminta kepastian daripada Dr. mengenai perkara ini.

Benarkah semasa State Assembly baru hendak  bersidang pada tahun 2003, Dr. telah mengatakan kepada Speaker Dewan bahawa Dr. mahu cross bench dari Opposition to Government Bench? Dan apabila Tuan Speaker bertanya kepada Dr. mengapa, Dr. mengatakan kepada Tuan Speaker bahawa Dr. telahpun menjadi ahli UMNO. Ini menyebabkan Dewan pada masa itu terpaksa ditangguh pada masa itu untuk memastikan status Dr. dan Dr. juga telah menunjukkan keahlian kepada Datuk Musa Aman yang kemudiannya mengatakan bahawa keahlian itu betul.

Benarkah dakwaan bahawa Dr. telah mengatakan bahawa Dr. memberikan sokongan penuh kepada BN Sabah sebelum Dr. menganggotai UMNO?

Benarkah dakwaan bahawa ‘penolakkan keahlian Dr. ini bukannya disebabkan oleh pertindihan oleh 2 permohonan Dr. tetapi disebabkan oleh kemarahan Tun Mahathir (PM pada masa itu) kerana Dr. tidak memberi peluang kepadanya untuk mengumumkan kepada Malaysia bahawa Dr. telahpun menganggotai UMNO?

Dan  benarkah dakwaan bahawa Dr. ialah senator dilantik dan merupakan Pembantu Menteri Persekutuaun di Kuala Lumpur pada tahun 1994- 1996?

Dr., saya musykil sedikit. Sekiranya perjuangan Dr. selama ini adalah untuk Sabah, 20 Points dan BAgenda, mengapakah Dr. berada dalam pihak kerajaan kemudian dalam pihak pembangkang dan kemudiannya, mahu berada dalam UMNO pula? Kerana Dr. mungkin sudah pasti maklum, sekiranya Dr. berada didalam parti UMNO 7 tahun yang lalu, semua wawasan dan idealisma Dr. seperti autonomi dan sebagainya tidak akan menjadi kenyataan.

Thursday, 9 February 2012

Memo kepada Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan


Officials STAR berulangkali mengatakan bahawa mereka 'mahukan Federal / Malaya utk menghormati kedudukan Sabah/Sarawak dalam Malaysia' tapi pada masa ya sama officials2 ini memaki hamun Malaya pula. Penggunaan perkataan ‘Malaya’ ini amatlah tidak tepat sekali kerana perkataan Malaya ini juga merujuk kepada ‘penduduk Melayu, Cina dan India di Semenajung Malaysia yg miskin, terpinggir dan telah diperalatkan oleh UMNO/BN..’ Perkataan yang sepatutnya digunakan oleh officials STAR bukannya Malaya tetapi ‘Federal di pentadbiran UMNO’.. Ketidak mampuan officials2 STAR ini untuk melihat keadaan yang sebenarnya ini amat mengecewakan kerana tempias maki hamun mereka ini pun terkena kpd kumpulan yang malang diatas, yang turut sama mahukan keadilan dalam kehidupan seharian mereka.

Dan akibatnya, masyarakat fB di page2 STAR menjadi keliru dan menganggap bahawa sesiapa sahaja yang berasal dari Malaya adalah syaitan dan perampok harta kekayaan Sabah!

Dan amat malang sekali bahawa officials2 STAR tidak berbuat apa2 mengenai perkara ini malah memikirkan bahawa masyarakat fBook di page2 STAR memberikan sokongan kepada kempen anti-Malaya mereka. Officials STAR berdiam diri sahaja dan ‘tidak memberikan sebarang teguran ataupun meluruskan apa yang betul’.. Penggunaan sentiment anti Malaya semata-mata untuk menarik perhatian terhadap perjuangan STAR ini amatlah mengecewakan.

Sekiranya masyarakat Melayu, Cina dan India mengetahui kempen anti-Malaya STAR Sabah ini dan memulakan pula pergerakkan anti Sabah/Sarawak mereka, Federal akan mempunyai lebih banyak justifikasi untuk tidak menghormati sebarang tuntutan STAR Sabah!

Sekiranya STAR betul2 mahu memperjuangkan hak2 Sabah/Sarawak dalam Malaysia, officials2 STAR sebenarnya sudah lama memikirkan satu pendekatan untuk mendapatkan kembali rasa ‘hormat’ masyarakat Semenanjung Malaysia kepada Sabah/Sarawak. Dan dari rasa hormat penduduk Semenajung Malaysia kepada Sabah/Sarawak ini lah, baru-lah Federal akan memikirkan bahawa Sabah/Sarawak perlu dilayan sebagai rakan kongsi..

Thursday, 26 January 2012

Donggongon's SlumDog Millionaire


Donggongon pun ada SlumDog Millionaire sudah...

Cuba p sana tempat buang sampah sbelah parking restoran 818 tu.. Ada 2 budak laki sma 1 budak perempuan yg umur 6-10 berlarian kalu tu ada kereta p buang sampah sana.. rm3 ringgit kalu kamu minta tolong angkat sampah...

Sapa2 yg bertanggungjawab, bagus kmu cepat2 berbuat sesuatu sebelum ada org p ambil gambar/movie dorg and kasi upload p youtube dan buat2 cerita kononnya, terdapat beribu2 budak2 miskin dan terpinggir di Sabah... Buli jadi isu election tau tu..

Nanti kalu makin besar ini isu, makin paning lagi kepala kamu semua... Nanti, kamu ckp lagi, org sengaja kasi susah sama kamu...

Friday, 20 January 2012

Price of Humanity


Tadi lunch time sa p KK Plaza. On the way p sana, sa limpas tu kadai kaling di Segama.. Tapi sebelum tu, dari jauh lagi, sa nampak tu satu budak perempuan (umur agak-agak 8 tahun, mgkin PTI psl tlampau comot) brdiri dekat tu tiang diluar tu kadai kaling. 

Dia tingu didalam.. Sebelah tu budak perempuan, ada tu budak lelaki muda (umur agak-agak 5 tahun), mgkin adik dia, juga comot dan kaki ayam.

Ngam2 sa mau limpas sudah tu kadai kaling, tiba2 tu bdak perempuan masuk, ambil tu sisa makanan tu customer tidak kasi habis (mcm ayam guring saja), trus dia tarik adik dia capat-capat.  
Sa tingu saja dorg naik tu tangga. Itu adik pnya happy tapi dia tunggu ja kakak dia. Tu kakak makan sikit, trus bagi adik dia..  
What is the price of humanity within us these days?

Tuesday, 3 January 2012

Penerima2 Anugerah PYM4C 2011 :-


1. Pelakon Lelaki Terbaik : Ibrahim Ali
2. Pelakon Wanita Terbaik : Rosmah
3. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : 
    AKJAN

4. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik :    
    Sharizat
5. Pengarah Terbaik : Najib
6. Filem terbaik : Beli Cincin RM24 Juta   
    Guna Wang Tabung
7. Lagu Terbaik : UNDILAH
8. Drama Terbaik : RCI : BN Ultimatum 
    (Adaptasi Bourne Ultimatum)
9. Klip Video Terbaik : Klip Video Seks Anwar
10. Sinematografi Terbaik : Pemuda UMNO Ludah Meja
11. Sitcom terbaik : Poster Najib Diturunkan
12. Filem belanja tertinggi : NFC : Misteri Lembu Tinggal Di-Kondo

Kepada pemenang2, tahniah!. Sila ambil piala kemenangan anda dibuat dari dimpout Tin Sardin di Kedai Makan dan Minum Maimunah Donggongon…

Tuesday, 20 December 2011

Nampaknya, Akjan lebih berkuasa daripada parti-parti komponen BN Sabah



Saya amat terkejut dengan betapa besarnya 'ruang' yang diberikan oleh UMNO Sabah kepada Akjan untuk memberikan kenyataan seperti ini..

Nampaknya, Akjan lebih berkuasa daripada parti-parti komponen BN Sabah yang lain yang kononnya mahukan RCI keatas PTI/Projek IC ditubuhkan.

Kita mahukan kebenaran.. Siapakah dalang dalam Projek IC ini? Berapa banyakkah IC diberikan kepada PTI? Dan dimanakah mereka semua ini berada sekarang?

It's now or never!!!!!... Sekirannya anda mensia-siakan peluang pada PRU13 ini dengan mengundi UMNO/BN Sabah lagi, anda boleh memastikan bahawa jumlah PTI/Projek IC di Sabah akan bertambah berlipat kali ganda lagi, bermula tahun 2012....