Thursday, 9 February 2012

Memo kepada Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan


Officials STAR berulangkali mengatakan bahawa mereka 'mahukan Federal / Malaya utk menghormati kedudukan Sabah/Sarawak dalam Malaysia' tapi pada masa ya sama officials2 ini memaki hamun Malaya pula. Penggunaan perkataan ‘Malaya’ ini amatlah tidak tepat sekali kerana perkataan Malaya ini juga merujuk kepada ‘penduduk Melayu, Cina dan India di Semenajung Malaysia yg miskin, terpinggir dan telah diperalatkan oleh UMNO/BN..’ Perkataan yang sepatutnya digunakan oleh officials STAR bukannya Malaya tetapi ‘Federal di pentadbiran UMNO’.. Ketidak mampuan officials2 STAR ini untuk melihat keadaan yang sebenarnya ini amat mengecewakan kerana tempias maki hamun mereka ini pun terkena kpd kumpulan yang malang diatas, yang turut sama mahukan keadilan dalam kehidupan seharian mereka.

Dan akibatnya, masyarakat fB di page2 STAR menjadi keliru dan menganggap bahawa sesiapa sahaja yang berasal dari Malaya adalah syaitan dan perampok harta kekayaan Sabah!

Dan amat malang sekali bahawa officials2 STAR tidak berbuat apa2 mengenai perkara ini malah memikirkan bahawa masyarakat fBook di page2 STAR memberikan sokongan kepada kempen anti-Malaya mereka. Officials STAR berdiam diri sahaja dan ‘tidak memberikan sebarang teguran ataupun meluruskan apa yang betul’.. Penggunaan sentiment anti Malaya semata-mata untuk menarik perhatian terhadap perjuangan STAR ini amatlah mengecewakan.

Sekiranya masyarakat Melayu, Cina dan India mengetahui kempen anti-Malaya STAR Sabah ini dan memulakan pula pergerakkan anti Sabah/Sarawak mereka, Federal akan mempunyai lebih banyak justifikasi untuk tidak menghormati sebarang tuntutan STAR Sabah!

Sekiranya STAR betul2 mahu memperjuangkan hak2 Sabah/Sarawak dalam Malaysia, officials2 STAR sebenarnya sudah lama memikirkan satu pendekatan untuk mendapatkan kembali rasa ‘hormat’ masyarakat Semenanjung Malaysia kepada Sabah/Sarawak. Dan dari rasa hormat penduduk Semenajung Malaysia kepada Sabah/Sarawak ini lah, baru-lah Federal akan memikirkan bahawa Sabah/Sarawak perlu dilayan sebagai rakan kongsi..

No comments:

Post a Comment