Friday, 23 September 2011

Pendidikan


Kita semua maklum pendidikan amatlah penting untuk setiap individu didunia. Ibu-bapa sanggup menghabiskan puluhan ribu untuk menghantar anak-anak mereka keluar negeri dengan harapan agar anak mereka itu akan menjadi pengurus Bank yang terkemuka di Malaysia, pengarah sebuah GLC ataupun doctor yang terbaik di Sabah.


Tidak kurang juga terdapat beberapa ibu-bapa yang sanggup merayu/melobi pemimpin-peminpin kita agar membantu memberikan biasiswa kepada anak-anak mereka agar mereka dapat melanjutkan pelajaran, biarlah diperingkat kolej ataupun university tempatan di Malaysia.


Dalam hal ini, Toguk berpendapat bahawa, pendidikan haruslah diberikan kepada semua individu di daerah Penampang terutamanya dikalangan KadazanDusun. Namun persoalan utama yang harus kita fikirkan disini adalah :-


1. Mengapakah SRK St Joseph Penampang (yang merupakan mercu-tanda kejayaan sistem pendidikan kelolaan Missionary dan telah melahirkan ramai graduan-graduan dari daerah Penampang dari zaman batu lagi) tidak mendapat perhatian daripada pemimpin-pemimpin kita sendiri?. Bukankah sudah sampai masanya sebuah sekolah SRK St Joseph Penampang yang lebih moden dibina yang lengkap dengan pelbagai teknologi terkini seperti komputer agar pelajar-pelajar disini celik IT? 

Jikalau sekolah-sekolah Cina di Sabah mampu membuat sekolah yang mempunyai prasarana yang amat baik, mengapakah pemimpin-peminpin kita yang merupakan Menteri-Menteri Kabinet Sabah dan Persekutuan tidak mampu berbuat sesuatu?


Toguk sering melihat berita TV3 dan mendapati sekolah2 rendah di Kuala Lumpur kebanyakkannya moden2 belaka, dengan 3-4 tingkat. Sepatutnya, Sabah sebagai penyumbang minyak utama kepada Petronas patut boleh dapat yang lebih hebat dari itu.. Sekolah tu kena buat dari minyak Sabah bah…


Toguk berpendapat, tumpuan utama dalam usaha untuk menaikkan imej dan kebolehan bersaing KadazanDusun di Penampang terletak di-semua sekolah rendah di Daerah Penampang ini. Murid-murid disekolah rendah ini MESTI DIGALAKKAN UNTUK bertutur, menulis dan membaca Bahasa Inggeris. Selain daripada itu penggunaan IT mesti diterapkan dan murid-murid disini MESTI DIAJAR pendidikan moral dan agama. Pemimpin-pemimpin kita MESTI mampu mendapatkan peruntukkan dari Kerajaan Negeri Sabah dengan apa cara sekali pun DEMI UNTUK SURVIVAL KADAZANDUSUN di Penampang. Dan penaikan taraf sesebuah sesekolah itu daripada papan kepada sekolah yang moden akan menaikkan imej sekolah dan semangat pelajar2 disana.


2. KadazanDusun yang berada di kawasan Moyog/Togudon amat memerlukan sebuah sekolah menengah untuk membantu pembelajaran mereka. Adakah LOJIK dan ADIL, pelajar-pelajar dari Togudon terpaksa berulang-alik setiap hari ke SMK Datuk Peter Mojuntin ataupun SM St Michael Penampang demi untuk PENDIDIKAN? . Dan sekolah ini sepatutnya juga lengkap dengan sebuah asrama untuk menampung pelajar-pelajar dari kawasan Buayan, Terian dan sekitarnya. Namun, ‘the Peoples’ Champ’ tidak mampu berbuat apa-apa. Apakah yang kita punya Peoples’ Champ buat selama 17 tahun ini? 


3. Sebuah kolej ataupun pusat latihan kemahiran untuk melatih anak-anak muda KadazanDusun dari daerah Penampang MESTI dibina di tengah-tengah daerah kita ini. Terdapat ratusan ekar tanah kosong di daerah Penampang untuk pembinaan pusat latihan kemahiran ini. Mengapakah pelajar-pelajar KadazanDusun lepasan Tingkatan 5 kita mesti pergi ke Giatmara diluar daerah Penampang seperti di Papar ataupun di Sepangar? Adakah pemimpin-pemimpin ataupun wakil rakyat disana lebih berkemampuan dalam melobi Kerajaan Negeri Sabah untuk menjadikan kawasan mereka pusat latihan kemahiran? Penampang mempunyai lebih banyak kawasan perindustrian daripada Papar. Mengapa Papar pula dapat membina pusat latihan kemahiran ini?


Nah!... Ini baru bunga2 dari Toguk.. Belum lagi yang lain2... 


Fikirkanlah, apa yang selama ini terjadi….

No comments:

Post a Comment