Saya berpendapat, Ibrahim Ali langsung tidak boleh mencabar kewibawaan Mat Sabu dalam soal siapa jadi pilihan AG (Attorney-General/Pendakwaraya
Malaysia) untuk naik mahkamah. Ibrahim Ali kasi keluar 10 ilmu dia yang paling kuat (melalui kenyataan-kenyataan dia yang sangat panas tu sampai lidah dia pun terbakar sendiri) supaya dia kena tangkap oleh polis dan seterusnya dibawah ke mahkamah pun tidak kena layan oleh AG. Ini Mat Sabu yang tiada-tiada, sudah kena heret ke mahkamah. Hehe!..
Saya baru ketahui erti ‘jentera pilihanraya’ yang mendalam. Dulu, saya mati-mati fikir jentera pilihanraya ialah orang-orang yang buat poster, banner, bendera dan lain-lain lagi. Rupa-rupanya, jentera pilihanraya ini juga merujuk kepada sekumpulan ‘mole’ (ejen-ejen) yang menyertai sesebuah parti untuk mengetahui tahap kekuatan parti itu; yakni samada parti tersebut menerima sambutan kuat daripada penduduk-penduduk kampung ataupun sesebuah daerah. Ejen-ejen ini akan kemudiannya memberikan hasil risikan mereka kepada kepada ketua-ketua mereka yang seterusnya akan mencari satu kaedah untuk menghancurkan sokongan itu.Hmmmm… Mungkinkah hasil intipan ejen-ejen ini mengatakan bahawa Mat Sabu ini berkemungkinan besar akan mendapat sokongan kuat dari kaum Melayu nanti? Hehe!.. Alah, mana-mana pemimpin pembangkang dari Pakatan Rakyat confirm kena ‘mark’ punya-lah. Kalau pemimpin Pakatan Rakyat itu ialah seekor kerbau pun, mesti kena juga punya lah.
No comments:
Post a Comment