Sunday, 2 October 2011

PENUBUHAN FB GROUP PAGE PENAMPANG YOUTH MOVEMENT FOR CHANGE DAN VISI & MISI GROUP

Tujuan : 
 
Group page yang ditubuhkan untuk memberikan kesedaran dari segi politik/sosial/ekonomi kepada golongan belia di Penampang dan untuk memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama mengutarakan masalah-masalah yang melanda Negeri Sabah dan khususnya daerah Penampang dan turut sama dalam membincangkan kaedah-kaedah penyelesaiannya.

Misi :
1.  Untuk menjadikan daerah Penampang daerah terbaik di Sabah dan seterusnya di Malaysia, seiring dengan cogankata Penampang Youth Movement For Change (PYM4C) 'PENAMPANG LEADS!'..

 
2.  Untuk melahirkan lebih banyak golongan belia terutamanya dari kalangan KadazanDusun dan Sino-KadazanDusun yang celik mengenai teknologi maklumat, perindustrian, pertanian moden, politik, sosio-budaya dan ekonomi.

3.  Untuk menjadi badan tidak rasmi dalam menyalurkan kepincangan-kepincangan yang terdapat di daerah Penampang dari segi politik, sosial dan ekonomi (yang membantutkan usaha2 untuk menjadikan daerah Penampang daerah terbaik) kepada pemimpin2 politik dan lain2 organisasi berdaftar di Malaysia.

 4.  Untuk menjadi peneraju kepada usaha membanteras rasuah, kronisma, penyelewangan peruntukkan dan projek 'ALI BABA' keatas sebarang projek-projek Kerajaan Persekutuan dan Negeri di daerah Penampang.


Tuntutan-tuntutan :

 1.  Penubuhan RCI untuk menyiasat kebanjiran :-
(a)  PTI (tanpa dokumen yang sah ataupun yang telah luput); dan
(b)  warga asing yang mendapat kewarganegaraan dengan cara yang tidak sah (termasuklah dakwaan Projek IC dan MyKad)

2.  Penubuhan sebuah jawatankuasa diperingkat daerah yang akan dianggotai oleh ahli2 panel dari Majlis Daerah Penampang, JKR, UPKR Barisan Nasional, pembangkang, NGO dan SPRM untuk menyelia, menyiasat dan meluluskan sebarang projek-projek Kerajaan Persekutuan dan Negeri di semua kampung di daerah Penampang untuk mengelakkan penyelewangan ataupun pembaziran peruntukkan dan untuk memastikan kawasan yang betul2 memerlukan peruntukkan tersebut diberi keutamaan.

3.  Penubuhan sebuah jawatankuasa diperingkat daerah yang akan dianggotai oleh wakil2 dari organisasi-organisasi berikut :- JKKK dari semua kampung di Penampang, Ketua Kampung, Polis, RELA, Imigresen, JPN, Majlis Daerah Penampang, Barisan Nasional, Pembangkang dan NGO untuk memantau, menyiasat dan memeriksa semua kawasan2 setinggan/rumah sewa/kedai runcit di daerah Penampang dan semua kawasan perindustrian/komersil yang disyaki disewakan kepada warga asing tanpa dokumen yang sah/pemegang IC/Mykad palsu dan ini termasuklah dikawasan2 dimana mereka ini disyaki berkerja sepenuh masa/kontrak dan menahan sesiapa yang berkenaan.

 Siasatan, pemeriksaan dan penahanan ini juga merangkumi 'stateless/street kids' yang didakwa menjual keputusan nombor ekor ditepi-tepi jalan.


4.  Pemasangan, penyeliaan dan penyelenggaran lampu-lampu jalanraya di-setiap jalanraya utama dan jalanraya di kampung2 di Penampang, penurapan/pembaikan/penaik-taraf jalanraya2 di Penampang (mengikut keutamaan) dan pemasangan parit-parit anti-banjir dikawasan2 yang mudah banjir.

 5.  Pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Moyog/Togudon yang lengkap dengan asrama.

 6.  Pembinaan sebuah insitut latihan bertaraf IKBN/ILP di-daerah Penampang untuk memastikan belia2 dari daerah mampu bersaing dari segi teknologi moden, perindustrian dan skill dengan belia2 lain dari daerah lain di Malaysia disamping mengurangkan pergantungan penduduk tempatan Penampang kepada PTI terutamanya di sektor pembinaan.

7.  Penyediaan sebuah bilik IT/teknologi disamping penyediaan buku2 yang berkualiti dan berteraskan sains/teknologi/pendidikan moral di perpustakaan2 di semua sekolah rendah di daerah Penampang untuk memastikan semua pelajar-pelajar di-daerah ini celik IT/teknologi serta mempunyai pendidikan akhlak yang baik dari muda lagi.  


Kami menyokong : -

 1.  https://www.facebook.com/TransparencyInternational
2.  https://www.facebook.com/joasmalaysia?sk=wall
3.  local traders di Penampang dan Bandar Donggongon.


Join our page at :-
https://www.facebook.com/pages/Penampang-Movement-for-Change-PM4C/144474938954611


Caveat :

 Pihak admins tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen2 yang dikeluarkan oleh ahli2 page ini. Pendapat yang diberikan adalah pendapat masing-masing dan tidak mengambarkan pendapat admin2 group page ini.

No comments:

Post a Comment