Monday, 24 October 2011

KDM Malaysia launched..

Mungkinkah KDM Malaysia sebagai satu NGO yang pro UMNO/BN boleh membantu masalah infrastruktur2 di daerah Penampang seperti lampu2 jalanraya, rangkaian jalanraya dan parit anti-banjir yang selama ini terabai dan amat diperlukan disetiap kampung2 di Penampang dimana majority penduduknya adalah dari kaum KadazanDusun/Sino KadazanDusun?

KDM Malaysia juga telah mengatakan bahawa pendidikan adalah agenda utama mereka dan ini adalah seiring dengan matlamat Penampang Youth Movement For Change (PYM4C) yang mahukan pendidikan terbaik diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah di daerah Penampang untuk memastikan “a bigger pool of highly educated KadazanDusun Penampang” menjadi reality.

Selain daripada itu, adakah KDM Malaysia juga boleh merealisasikan pembinaan sebuah institut latihan kelas satu di daerah Penampang agar kumpulan belia di daerah ini mampu menjadi modal insan kelas pertama semula di Sabah dan seterusnya di Malaysia disamping mengurangkan penggantungan penduduk Penampang kepada PTI/Illegals with Fraudulently Acquired Citizenship (IFACS)?.

No comments:

Post a Comment