Saya amat terkejut dengan betapa besarnya 'ruang' yang diberikan oleh UMNO Sabah kepada Akjan untuk memberikan kenyataan seperti ini..
Tuesday, 20 December 2011
Nampaknya, Akjan lebih berkuasa daripada parti-parti komponen BN Sabah
Saya amat terkejut dengan betapa besarnya 'ruang' yang diberikan oleh UMNO Sabah kepada Akjan untuk memberikan kenyataan seperti ini..
Wednesday, 14 December 2011
KEUTUHAN DAN KEMAMPUAN BARISAN NASIONAL SABAH TERSERLAH.
UMNO/BN Malaysia sudah memegang pentadbiran Negara selama 54 tahun di Malaysia.. Di Sabah, UMNO/BN Sabah telah memerintah selama 17 tahun (sejak 1994).
Perhatikan keadaan sekeliling anda. Jalanraya masih dalam keadaan daif. Sekolah-sekolah di-pedalaman masih dalam keadaan yang menyedihkan. Lampu jalanraya tidak berfungsi dan di-sesetengah tempat, langsung tiada.
Penduduk bumiputra Sabah seperti
Murut dan Rungus majoritinya masih dalam kelompok yang miskin. Sabah
diistiharkan sebagai negeri termiskin di Malaysia. Namun, UMNO masih gah
mengatakan bahawa rizab Sabah sekarang adalah RM3 billion. Dan
parti-parti komponen BN Sabah seperti PBS, UPKO, PBRS dan sebagainya
berlumba-lumba untuk memberikan pujian kepada Ketua Menteri Sabah, Musa
Aman.
Dan dalam jangka masa 17 tahun ini, walaupun Sabah adalah
pengeluar petroleum dan kelapa sawit utama di Malaysia (dan juga
menerima peruntukkan-peruntukkan belanjawan daripada Kerajaan Pusat
berbillion-billion ringgit setiap tahun), UMNO/BN Sabah masih tidak
mampu melonjakkan status Sabah sebagai negeri termaju di Malaysia?
Adakah UMNO/BN Sabah memerlukan 30 tahun lagi?
Pembinaan
bangunan-bangunan komersil, hotel-hotel dan pusat-pusat membeli-belah
yang kononnya bakal memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan
diberikan keutamaan berbanding dengan peningkatan tahap sosio-ekonomi
rakyat pedalaman, pendidikan/latihan kemahiran kelas pertama, prasarana
infrastruktur dan kemudahan kesihatan. Setiap projek2 untuk rakyat
seperti pembinaan jalanraya2, jeti2 dan jambatan2 serta
bangunan-bangunan Kerajaan mengambil masa yang lama untuk disiapkan
dengan kos yang tinggi. Dan hasil kerjanya seringkali menerima kritikan.
Lebuhraya rosak teruk, jeti roboh dan jambatan tidak disiapkan.
Pembaziran berjuta-juta ringgit oleh kepimpinan sistem pentadbiran yang
sudah tidak bersemangat dan malas. Mereka cuma memikirkan untuk
menghabiskan sisa-sisa tempoh perkhidmatan dalam Kerajaan dengan rekod
yang baik dan bersara dengan aman damai. Mengapa dikacau periuk nasi?..
Mana yang penting, rakyat ataupun dipindahkan kerja/diberhentikan dan
terpaksa menanggung hutang bank atas pembelian rumah besar dan kereta
mewah?
Pentabiran yang dipimpin oleh mereka yang tidak
mementingkan rakyat (dan kualiti dengan perbelanjaan berhemat), pastinya
diikuti oleh orang2 bawahan mereka kerana mereka cuma mementingkan
peribadi mereka sahaja.
Dan belia-belia bumiputra pendalaman
Negeri Sabah berhijrah ke bandar-bandar di Sabah untuk mencari pekerjaan
sebagai juruwang, pekerja am, chapkung, pelayan, pemandu lori dan
sebagainya. Dimanakah sistem pendidikan yang sepatutnya dititik-beratkan
kepada mereka semenjak sekolah rendah lagi? Sekiranya pemimpin2 BN
Sabah seperti PBS dan PBRS tahu bahawa mereka adalah modal insan yang
amat penting sekali dalam pembangunan Negeri Sabah, pemimpin2 BN Sabah
seperti PBS dan PBRS sepatutnya telahpun memberikan tumpuan utama kepada
mereka semenjak mereka dibangku sekolah rendah lagi. Jangka masa 17
tahun adalah lebih daripada cukup untuk memperkasakan belia-belia dari
pedalaman Sabah ini dan sepatutnya pada masa sekarang, mereka telahpun
mengambil-alih segala tugas-tugas di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri
Sabah. Tahniah kepada PBS dan PBRS kerana berjaya melonjakkan
belia-belia dari pedalaman Sabah!!
Rakyat Sabah yang kini
bekerja di bandar-bandar kini menerima tekanan yang amat hebat dari segi
kenaikan kos sara hidup seperti pembayaran sewa/hutang bank keatas
rumah dan kereta, barangan keperluan, pendidikan untuk anak2 dan bil-bil
bulanan. Selain daripada itu, mereka juga terpaksa bersaing dengan
PTI/Projek IC yang turut sama mahu menikmati barangan yang menerima
subsidi Kerajaan seperti gula, gas memasak dan petrol kereta.
Hakikatnya, pemimpin2 UMNO/BN Sabah tahu mengenai perkara ini dan
alangkah bodohnya mereka apabila mereka mengembar-gemburkan bahawa BN
adalah peneraju pemerintahan yang berkebajikan walhal pada masa yang
sama, subsidi-subsidi ini yang dinikmati oleh sejuta lebih PTI/Projek IC
di Sabah..
UNDILAH BARISAN NASIONAL!
Thursday, 8 December 2011
CHILD ACT 2001
[Children not to be used for begging, etc....]
32. Any person who causes or procures any child or, being a person having the care of a child, allows that child to be on any street, premises or place for the purposes of—
(a) begging, receiving alms, whether or not there is any pretence of singing, playing, performing or offering anything for sale; or
(b) carrying out illegal hawking, illegal lotteries, gambling or other illegal activities detrimental to the health and welfare of the child,
commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
MANA ITU POLIS? KENAPA TIDAK TAHAN TU BUDAK2 JUAL RESULT 4D DI JALANRAYA WAKTU MALAM?...
32. Any person who causes or procures any child or, being a person having the care of a child, allows that child to be on any street, premises or place for the purposes of—
(a) begging, receiving alms, whether or not there is any pretence of singing, playing, performing or offering anything for sale; or
(b) carrying out illegal hawking, illegal lotteries, gambling or other illegal activities detrimental to the health and welfare of the child,
commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
MANA ITU POLIS? KENAPA TIDAK TAHAN TU BUDAK2 JUAL RESULT 4D DI JALANRAYA WAKTU MALAM?...
Sekiranya Pakatan Rakyat mampu menawan Sabah?
Sekiranya Pakatan Rakyat mampu menawan Sabah pada GE13 akan datang ini, adalah diharapkan agar Pakatan Rakyat berbuat sesuatu dengan kepimpinan JKR Sabah, SESB dan semua majlis2 daerah di Sabah yang pada masa sekarang.
Adalah juga diharapkan agar Pakatan Rakyat Sabah tidak membuat keputusan drastik dengan memberhentikan pekerja-pekerja bahagian pertengahan dan bawah dari badan-badan Kerajaan ini tetapi memberikan mereka peluang sekurang-kurangnya setahun untuk turut sama menaikkan kembali keupayaan badan-badan Kerajaan ini.
Monday, 5 December 2011
Khas untuk org2 yang guna jalanraya Sigah-Maang setiap hari…
Ada nampak street light ka? |
Sini pun nda nampak street light |
Anyway, itu bukan the moral of the story.. Kalu kamu limpas waktu malam sana, kamu akan notice betapa terangnya tu streetlight tu..
Question : Kenapa kah street light dari Sigah – Maang tidak pernah kena upgrade dari tahun 2000 lagi menjadi macam streetlight di roundabout Futsall tu?..
Street-light dari Sigah – Maang kena pasang zaman 80an lagi.. Betul2 perlu di-upgrade pasal kalu kita limpas sana, macam tiada street light saja tu jalanraya.. Gelappppppp… Ada lah 5 6 tiang tapi macam mau habis bateri sudah… Bagus kasi tabang semua tu street light supaya tidak bazir duit Kerajaan….
Jangan kamu percaya kalu diaorg bilang, mo kena besar/upgrade tu jalanraya dulu, baru dorg upgrade tu streetlight tu.. Tahun 2000 lagi diorg ckp macam tu Oduuuu… Mo kena tunggu another 20 tahun lagi, baru lah tu jalanraya kena besar/upgrade..
Nah!. Inilah bukti keperihatinan Barisan Nasional kepada penduduk Penampang yang menggunakan jalanraya Sigah-Maang setiap hari…
Subscribe to:
Posts (Atom)