Wednesday, 14 December 2011

KEUTUHAN DAN KEMAMPUAN BARISAN NASIONAL SABAH TERSERLAH.



UMNO/BN Malaysia sudah memegang pentadbiran Negara selama 54 tahun di Malaysia.. Di Sabah, UMNO/BN Sabah telah memerintah selama 17 tahun (sejak 1994).
Perhatikan keadaan sekeliling anda. Jalanraya masih dalam keadaan daif. Sekolah-sekolah di-pedalaman masih dalam keadaan yang menyedihkan. Lampu jalanraya tidak berfungsi dan di-sesetengah tempat, langsung tiada. 
Penduduk bumiputra Sabah seperti Murut dan Rungus majoritinya masih dalam kelompok yang miskin. Sabah diistiharkan sebagai negeri termiskin di Malaysia. Namun, UMNO masih gah mengatakan bahawa rizab Sabah sekarang adalah RM3 billion. Dan parti-parti komponen BN Sabah seperti PBS, UPKO, PBRS dan sebagainya berlumba-lumba untuk memberikan pujian kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Dan dalam jangka masa 17 tahun ini, walaupun Sabah adalah pengeluar petroleum dan kelapa sawit utama di Malaysia (dan juga menerima peruntukkan-peruntukkan belanjawan daripada Kerajaan Pusat berbillion-billion ringgit setiap tahun), UMNO/BN Sabah masih tidak mampu melonjakkan status Sabah sebagai negeri termaju di Malaysia? Adakah UMNO/BN Sabah memerlukan 30 tahun lagi?

Pembinaan bangunan-bangunan komersil, hotel-hotel dan pusat-pusat membeli-belah yang kononnya bakal memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan diberikan keutamaan berbanding dengan peningkatan tahap sosio-ekonomi rakyat pedalaman, pendidikan/latihan kemahiran kelas pertama, prasarana infrastruktur dan kemudahan kesihatan. Setiap projek2 untuk rakyat seperti pembinaan jalanraya2, jeti2 dan jambatan2 serta bangunan-bangunan Kerajaan mengambil masa yang lama untuk disiapkan dengan kos yang tinggi. Dan hasil kerjanya seringkali menerima kritikan. Lebuhraya rosak teruk, jeti roboh dan jambatan tidak disiapkan. Pembaziran berjuta-juta ringgit oleh kepimpinan sistem pentadbiran yang sudah tidak bersemangat dan malas. Mereka cuma memikirkan untuk menghabiskan sisa-sisa tempoh perkhidmatan dalam Kerajaan dengan rekod yang baik dan bersara dengan aman damai. Mengapa dikacau periuk nasi?.. Mana yang penting, rakyat ataupun dipindahkan kerja/diberhentikan dan terpaksa menanggung hutang bank atas pembelian rumah besar dan kereta mewah?

Pentabiran yang dipimpin oleh mereka yang tidak mementingkan rakyat (dan kualiti dengan perbelanjaan berhemat), pastinya diikuti oleh orang2 bawahan mereka kerana mereka cuma mementingkan peribadi mereka sahaja.

Dan belia-belia bumiputra pendalaman Negeri Sabah berhijrah ke bandar-bandar di Sabah untuk mencari pekerjaan sebagai juruwang, pekerja am, chapkung, pelayan, pemandu lori dan sebagainya. Dimanakah sistem pendidikan yang sepatutnya dititik-beratkan kepada mereka semenjak sekolah rendah lagi? Sekiranya pemimpin2 BN Sabah seperti PBS dan PBRS tahu bahawa mereka adalah modal insan yang amat penting sekali dalam pembangunan Negeri Sabah, pemimpin2 BN Sabah seperti PBS dan PBRS sepatutnya telahpun memberikan tumpuan utama kepada mereka semenjak mereka dibangku sekolah rendah lagi. Jangka masa 17 tahun adalah lebih daripada cukup untuk memperkasakan belia-belia dari pedalaman Sabah ini dan sepatutnya pada masa sekarang, mereka telahpun mengambil-alih segala tugas-tugas di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Sabah. Tahniah kepada PBS dan PBRS kerana berjaya melonjakkan belia-belia dari pedalaman Sabah!!

Rakyat Sabah yang kini bekerja di bandar-bandar kini menerima tekanan yang amat hebat dari segi kenaikan kos sara hidup seperti pembayaran sewa/hutang bank keatas rumah dan kereta, barangan keperluan, pendidikan untuk anak2 dan bil-bil bulanan. Selain daripada itu, mereka juga terpaksa bersaing dengan PTI/Projek IC yang turut sama mahu menikmati barangan yang menerima subsidi Kerajaan seperti gula, gas memasak dan petrol kereta. Hakikatnya, pemimpin2 UMNO/BN Sabah tahu mengenai perkara ini dan alangkah bodohnya mereka apabila mereka mengembar-gemburkan bahawa BN adalah peneraju pemerintahan yang berkebajikan walhal pada masa yang sama, subsidi-subsidi ini yang dinikmati oleh sejuta lebih PTI/Projek IC di Sabah..

UNDILAH BARISAN NASIONAL!

No comments:

Post a Comment