Wednesday, 28 September 2011

Gesaan untuk wakil-wakil rakyat yang mewakili daerah Penampang pada masa sekarang

Posted By Jorge Ant at PYM4C 29.09.2011
Kami amat tidak berpuas hati dengan ketiadaan lampu jalanraya di jalan2 utama dan jalan2 dikampung-kampung di daerah kami ini.

Barisan Nasional telahpun memerintah di daerah Penampang sejak tahun 2000 lagi. Dan dalam jangka masa 11 tahun ini, STREET LIGHT2 ini sepatutnya sudah ada dan berfungsi dengan baik!!.. Dan bagaimana pula dengan tahun2 sebelum tahun 2000 lagi iaitu dari 1994 – 2000? Dan 1986 – 1994???..

Malangnya, KAMI DI-DAERAH PENAMPANG INI MASIH DALAM KEGELAPAN!!!... 


Tidakkah anda merasa sedikit pun rasa bersalah dengan kejadian2 kemalangan yang meragut nyawa penduduk2 Penampang dijalanraya-jalanraya utama didaerah Penampang ini YANG MUNGKIN DISEBABKAN OLEH KETIADAAN STREETLIGHT INI?? Ataupun kejadian rompakan dan samun dirumah penduduk2 daerah Penampang kerana perompak2/penyamun2 itu bebas berjalan ke-sana ke-mari dijalanraya-jalanraya kampung kerana GELAP??

Tidakkah anda merasa sedikit pun rasa kesian dengan pemandu2 kereta di daerah Penampang ini yang berpendapatan rendah yang kadangkala terpaksa memandu waktu malam ketika hujan lebat dan tanpa penghawa dingin?. Mereka ini bukan PTI, bukan perompak, tidak makan rasuah, tidak praktis kronisma dan tidak praktis diskriminasi.. Mereka ni orang Penampang yang biasa.. Kamu langsung tiada rasa kesian ka?


Kami tidak boleh bersabar lagi KERANA SUDAH HAMPIR 15 TAHUN BERLALU DAN daerah Penampang masih berada dalam kegelapan..

JANGAN TEMBERANG KAMI LAGI! JANGAN SURUH KAMI BERSABAR LAGI! Mengapa?? KERANA SUDAH HAMPIR 15 TAHUN BERLALU DAN KAMI TIDAK BOLEH BERSABAR LAGI!!!!..

Dan jangan sekali-kali bagi alasan2 seperti :-


1. Tiada peruntukkan/menunggu peruntukkan
2. Tempat lain lebih memerlukan pembangunan
3. Keadaan belum begitu teruk untuk memaksa pemasangan streetlight2 ini.


Kamu adalah WAKIL RAKYAT DAERAH PENAMPANG DAN KAMU BUKAN RAJA YANG BOLEH PERINTAH KAMI LAH!!.. Kalau bukan kerana rakyat Penampang, kamu tidak boleh tinggal didalam banglo2 diatas bukit.


KAMI MAHU SEMUA STREETLIGHT DIJALANRAYA2 UTAMA DI-PENAMPANG MENYALA DENGAN SEGERA!.. Dan disetiap kampong-kampung seperti Gunsing, Sugud, Ramayah, Inobong, Pogunon, Moyog dan lain-lain, jalanraya kampong yang menghubungkan sekurang-kurangnya 8 buah rumah MESTI ADA sekurang2nya 2 streetlight.

Dan sekiranya gesaan ini tidak dipedulikan, KAMI AKAN BERKEMPEN HABIS-HABISAN ANTARA SAHABAT2 DAN AHLI2 KELUARGA KAMI BUKAN UNTUK PEMBANGKANG TETAPI UNTUK MENOLAK SIAPA2 SAHAJA WAKIL2 RAKYAT DIBAWAH BARISAN NASIONAL.


Kamu boleh ketawa sekarang. TAPI INGAT, ENERGY DAN PASSION KAMI BULI KASI TANGGALAM KAMU SEMUA..

No comments:

Post a Comment