Wednesday, 28 September 2011

Tuntutan-tuntutan Penampang Youth Movement For Change (PYM4C)

TERKINI!...





 1. Penubuhan RCI untuk menyiasat kebanjiran :-
(a) PTI (tanpa dokumen yang sah ataupun yang telah luput); dan
(b) warga asing yang mendapat kewarganegaraan dengan cara yang tidak sah (termasuklah dakwaan Projek IC dan MyKad)

2. Penubuhan sebuah jawatankuasa diperingkat daerah yang akan dianggotai oleh wakil2 dari Majlis Daerah Penampang, JKR, Barisan Nasional, pembangkang, NGO dan SPRM untuk menyelia, menyiasat dan meluluskan sebarang projek-projek Kerajaan Persekutuan dan Negeri di semua kampung di daerah Penampang untuk mengelakkan penyelewangan ataupun pembaziran peruntukkan dan untuk memastikan kawasan yang betul2 memerlukan peruntukkan tersebut diberi keutamaan.

3. Penubuhan sebuah jawatankuasa diperingkat daerah yang akan dianggotai oleh wakil2 dari organisasi-organisasi berikut :- JKKK dari semua kampung di Penampang, Ketua Kampung, Polis, RELA, Imigresen, JPN, Majlis Daerah Penampang, Barisan Nasional, Pembangkang dan NGO untuk memantau, menyiasat dan memeriksa semua kawasan2 setinggan/rumah sewa/kedai runcit di daerah Penampang dan semua kawasan perindustrian/komersil yang disyaki disewakan kepada warga asing tanpa dokumen yang sah/pemegang IC/Mykad palsu dan ini termasuklah dikawasan2 dimana mereka ini disyaki berkerja sepenuh masa/kontrak dan menahan sesiapa yang berkenaan. 

Siasatan, pemeriksaan dan penahanan ini juga merangkumi 'stateless/street kids' yang didakwa menjual keputusan nombor ekor ditepi-tepi jalan. 


4. Pemasangan, penyeliaan dan penyelenggaran lampu-lampu jalanraya di-setiap jalanraya utama dan jalanraya di kampung2 di Penampang, penurapan/pembaikan/penaik-taraf jalanraya2 di Penampang (mengikut keutamaan) dan pemasangan parit-parit anti-banjir dikawasan2 yang mudah banjir.

5. Pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Moyog/Togudon yang lengkap dengan asrama.

6. Pembinaan sebuah insitut latihan bertaraf IKBN/ILP di-daerah Penampang untuk memastikan belia2 dari daerah ini mampu bersaing dari segi teknologi moden, perindustrian dan skill dengan belia2 lain dari daerah lain di Malaysia disamping mengurangkan pergantungan penduduk tempatan Penampang kepada PTI terutamanya di sektor pembinaan.

7. Penyediaan sebuah bilik IT/teknologi disamping penyediaan buku2 yang berkualiti dan berteraskan sains/teknologi/pendidikan moral di perpustakaan2 di semua sekolah rendah di daerah Penampang untuk memastikan semua pelajar-pelajar di-daerah ini celik IT/teknologi serta mempunyai pendidikan akhlak yang baik dari muda lagi.
 


No comments:

Post a Comment