Saturday, 24 September 2011

Selamat Berjaya Kepada Calon Peperiksaan SPM.

 
Kepada adik-adik yang sedang bersekolah di Ting. 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini, diucapkan selamat berjaya!..
Adakah adik-adik semua tahu bahawa profession-profession (sektor swasta) seperti berikut memerlukan anda semua mendapat keputusan yang berikut :-  
1. Perbankkan/Insurans :
a) Keputusan Bahasa Inggeris dan Matematik yang baik.
b) Kemampuan bertutur dan memahami Bahasa Inggeris
dengan baik.

2. Kejuruteraan:
a) Keputusan Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang baik.
b) Kemampuan bertutur dan memahami Bahasa Inggeris
dengan baik.

3. Undang-undang :
a) Keputusan Bahasa Inggeris yang baik.
b) Kemampuan bertutur, menulis dan memahami Bahasa
Inggeris dengan baik.

4. Sales/Marketing :
a) Keputusan Bahasa Inggeris yang baik.
b) Kemampuan bertutur dan memahami Bahasa Inggeris
dengan baik.

Dalam sektor (1), (2) dan (3) diatas, kemampuan bertutur, menulis dan memahami Bahasa Inggeris amatlah dititik-beratkan kerana 90% daripada masa berkerja anda semua adalah berkait-rapat dengan dokumen-dokumen, perbincangan di-telefon mahupun pada masa urusniaga dengan pelanggan adalah dalam Bahasa Inggeris.

Dan sekiranya adik-adik bercadang melanjutkan pelajaran di politeknik ataupun UiTM dan jika adik-adik mahu jadi ‘champion’ disana, adik-adik pelajari, fahami dan kuasai Bahasa Inggeris sehingga tahap yang memuaskan. Tidak payahlah bah anda semua ‘speaking the London’.. Asal tahap yang bagus.. Percaya-lah .. Pemahaman dan penulisan Bahasa Inggeris yang baik akan membolehkan adik-adik amat dihormati disana... :D

No comments:

Post a Comment