Saturday, 24 September 2011

Penghasilan Modal Insan Menjana Pergerakan Ekonomi

Pendidikan amatlah penting kepada setiap individu. Pendidikan seringkali disalah-tafsirkan sebagai ‘pembelajaran akademik semata-mata didalam kelas’. Pendidikan luar kelas seperti mempelajari skill dan kemahiran pertukangan, pembinaan, pertanian dan pembuatan juga merupakan satu pendidikan.
  
Dalam sesebuah masyarakat, akan ada segelintir pelajar yang tidak meminati dengan pendidikan formal dan dalam kelas (seperti saya sendiri). Mereka ini tergolong dalam kumpulan pelajar yang meminati pendidikan luar kelas dan lasak kerana mereka mempunyai ‘hyperactivity’ yang lebih berbanding daripada pelajar-pelajar yang lain. Golongan ini biasanya meminati pendidikan luar kelas seperti pendidikan membaiki motor, mengimpal, pembinaan, memasak, bakery, menjahit, pertanian, penternakan dan sebagainya. Mereka mungkin tidak mempunyai daya tumpuan yang tinggi dari segi pemahaman ataupun daya ingatan yang tinggi namun mereka sebenarnya adalah ‘penjana’ kepada kemakmuran sesebuah kaum. Merekalah ‘enjin’ kepada pergerakkan ekonomi sesebuah kawasan.

 
Namun, sekiranya mereka yang ‘hyperactive’ ini tidak mempunyai kebolehan untuk menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris, tahap penggunaan komputer dan teknologi yang rendah, tidak kebolehan untuk membaca buku2 yang berkaitan dengan aktiviti luar kelas yang mereka minati itu dan tidak mempraktikan apa-apa kaeadah moden yang pada masa sekarang amat mudah didapati dari Internet, kumpulan ini akan ketinggalan berbanding dengan rakan-rakan lain mereka yang lebih menumpukan perhatian dengan keputusan akademik. Bermakna, kita akan kehilangan mereka yang sebenarnya adalah ‘penjana’ kepada masyarakat kita..
Saya berpendapat, untuk memajukan sesebuah kaum, kita tidak mempunyai sebarang pilihan kecuali menitik-beratkan pendidikan. Pendidikan yang terbaik haruslah bermula dari peringkat rendah lagi. Pelajar-pelajar di sekolah rendah mestilah digalakkan untuk membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Pemakanan mereka haruslah dari kelas pertama yang membantu mereka mencapai tahap pembelajaraan yang terbaik. Pendidikan agama dan moral amatlah perlu sekali untuk mengelakkan mereka daripada terserong ketika di-sekolah menengah ataupun kolej kelak disebabkan oleh hasutan daripada rakan sebaya. Mereka yang berasal dari golongan yang kurang bernasib baik HARUSLAH dibantu.

Montfort telah berjaya mengubah beberapa pelajar yang dahulunya nakal menjadi pelajar cemerlang, malah mampu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Dalam konteks ini, Monfort sebenarnya amat sesuai sekali untuk pembelajaran pelajar-pelajar daerah Penampang yang tidak meminati pembelajaran akademik. Dan alangkah baiknya sekiranya bantuan kewangan dalam pembinaan sebuah politeknik Montfort bernilai RM10 juta diatas tanah ‘wakaf’ seluas 10 ekar di tengah-tengah daerah Penampang diberi, kita akan pastinya dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja-pekerja teknikal di Penampang.

Dan sudah pastinya, kita tidak akan mengalami penghijrahan pemuda-pemudi KDM kita ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja sebagai operator pengeluaran lelaki/wanita dan terjebak dalam masalah-masalah sosial.

No comments:

Post a Comment