Thursday, 22 September 2011

6% Cukai Reload dan Simkad?

Penampang Youth Movement For Change menolak sekeras-kerasnya keputusan beberapa syarikat telekomunikasi yang akan mengenakan cukai 6% terhadap reload dan simkad yang akan ditanggung oleh pengguna2 handphone jenis pre-paid (pra-bayar).


Sekiranya Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional membenarkan pencukaian ini dilakukan, ini hanya benar-benar akan menunjukkan ketidak-upayaan Kerajaan pimpinan Barisan Nasional untuk menangani sebarang masalah ekonomi Negara dan membiarkan rakyat Malaysia dihimpit dengan masalah ekonomi yang lebih teruk, terutamanya dikalangan rakyat Sabah yang majoritinya adalah berpendapatan rendah.

Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional amat beria-ia untuk meneruskan projek2 mega seperti Kompleks Bangunan Pentadbiran Negeri Sabah yang bernilai RM388 juta, Empangan Tambuatan dan Empangan Kaiduan yang bernilai berbillion-billion ringgit dan ini sepatutnya menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia mempunyai dana yang besar dan tidak akan menerima pendapatan cukai 6% daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 kerana penerimaan pendapatan cukai daripada kalangan pelajar-pelajar ini amatlah hina sekali.


Jumlah cukai 6% yang dikenakan mungkin agak kecil namun pada hakikatnya, cukai ini dibayar kepada Kerajaan dan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Kerajaan terpaksa menggunakan kaedah pencukaian terhadap salah satu daripada betuk keperluan rakyat Malaysia untuk memastikan ekonomi Malaysia terus bergerak.




Dimanakah NKRA dan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN yang dipaparkan hampir setiap hari di media-media elektronik di Malaysia terutamanya di TV1, TV2 dan TV3?





No comments:

Post a Comment