Ketidak-seimbangan dari segi pembangunan infrastruktur, pendidikan dan harga barangan diantara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia haruslah ditangani dengan segera.
Adalah tidak adil dimana Sabah dan Sarawak yang juga merupakan penyumbang utama kepada pendapatan Negara tidak diberikan tumpuan khusus dalam ketiga-tiga perkara ini. Perasaan tidak puas hati yang dialami terutamanya oleh penduduk Sabah adalah berasas kerana pada masa ini, walaupun Sabah adalah penyumbang utama dari segi pengeluaran petroleum dan gas serta kelapa sawit, Sabah adalah negeri yang termiskin di Malaysia (laporan World Bank) serta terpaksa berdepan dengan masalah harga barangan yang amat tinggi dan persaingan dengan Pendatang Tanpa Izin.
Pada masa ini, Sabah juga mempunyai sistem infrastruktur yang amat teruk sekali. Jaringan jalanraya yang dibina menjadi becak dan mudah ditenggelami oleh banjir. Sapulut-Kalabakan adalah contoh yang terbaik dimana ratusan juta ringgit telah dibazirkan begitu sahaja selain daripada keadaan jalanraya-jalanraya dikampung-kampung yang masih berada dalam keadaan daif dan tanpa lampu jalanraya.
Kami (team dari Sabah) ingin mengetahui jika keadaan yang sama juga berlaku di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Sekiranya keadaan infrastruktur di Semenanjung adalah jauh lebih baik (jalanraya berturap dengan parit anti-banjir), bukankah ini satu ketidak-adilan yang diberikan kepada rakyat Sabah? Apakah ertinya berbillion-billion ringgit yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan sekiranya keadaan infrastruktur dan masalah rakyat ini tidak diberi perhatian serius?

No comments:
Post a Comment