Saya sentiasa akan memberi peluang semula kepada pemimpin2 Barisan Nasional untuk kembali memerintah Sabah semula sekiranya :-
1. Satu RCI ditubuhkan untuk menyiasat mengenai rasuah/kronisma di Sabah
2. Satu RCI ditubuhkan untuk menyiasat mengenai kehadiran PTI/Projek IC di Sabah;
3. Satu unit yg dianggotai oleh Kerajaan/pembangkang/NGO/a
benar2 layak sahaja dilantik untuk mengetuai/berkerja di-jabatan2 Kerajaan Negeri Sabah/Kementerian Persekutuan untuk memastikan pembangunan terutamanya dari segi pembangunan infrastruktur di Sabah adalah tulus dan berkualiti...
4. Satu mekanisma pengimbangan harga diperkenalkan agar harga barangan di Sabah/Sarawak adalah sama dengan harga barangan di S.Malaysia;
5. Petronas dan syarikat2 kelapa sawit dari S.Malaysia dikehendaki untuk membina, menyediakan dan menyelenggara :-
(a) 'full facilities' hospital di semua daerah dan klinik desa di semua pekan-pekan di Sabah ;
(b) sekolah rendah/menengah yg moden dan berasrama di setiap kawasan pedalaman Sabah;
(c) pembinaan jalanraya lengkap dengan sistem perparitan anti banjir dengan lampu jalanraya di seluruh Sabah;
(d) pembinaan sekolah teknikal/ institut latihan bertaraf IKBN/ILP di semua daerah di Sabah; dan
6. Kuasa Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur untuk meluluskan permohonan tanah yang berkaitan dengan NT dan NCR dipindahkan kepada satu jawatankuasa yang dianggotai oleh KAN dari seluruh Sabah dan SUHAKAM yang akan bersidang sekali sebulan untuk membincangkan, menyiasat dan meluluskan sebarang permohonan penjualan ataupun pemindahan tanah NT/NCR.
hehehehe!...
No comments:
Post a Comment