Sunday, 25 September 2011
Tuhan memerlukan parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin politik agar agama Katolik dapat dipertahankan di Penampang??
Terdapat satu pemikiran sonsang yang melanda penduduk Penampang yang beragama Katolik pada masa sekarang.
Pemikiran ini adalah ‘Tuhan memerlukan parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin politik agar agama Katolik dapat dipertahankan di Penampang!’.
Sejak bila lagi Tuhan menjadi sangat lemah di daerah Penampang dan terpaksa memerlukan platform politik agar umat Katolik di daerah ini dilindungi?
Saya fikirlah-kan, Tuhan mahu semua umat Katolik di daerah Penampang untuk kembali kepadanya dan menganggapnya sebagai satu-satunya pemimpin yang benar. Tuhan mahu semua umat Katolik di daerah Penampang ini untuk berharap kepadanya sebagai pelindung, pemberi dan penyelamat.
Penggunaan tag sebagai pelindung umat Katolik oleh beberapa pemimpin politik ini mungkin diinspirasikan bagaimana mendiang Datuk Peter J. Mojuntin yang aktif dalam agama Katolik mempertahankan agama ini seorang diri tanpa rasa takut hinggalah ke peringkat Nasional. Berikutan dengan itu, penduduk Penampang yang majoritinya adalah umat Katolik pada masa itu ‘menganggapnya’ sebagai pelindung agama Katolik dan memberikan sokongan padu kepadanya.
Mungkin disebabkan itulah, pemimpin-pemimpin politik di Penampang sekarang ni suka menonjolkan diri mereka sebagai ‘pelindung’ ataupun cuma mereka sahaja yang mampu memberikan ‘harapan’ kepada penduduk Penampang yang beragama Katolik.
Saya berpendapat, mungkin apa yang Tuhan mahukan ialah agar pemimpin-pemimpin politik ini menggunakan kedudukan mereka untuk menyeru semua umat2 Katolik agar meninggalkan perbuatan-perbuatan yang tidak baik seperti minum yang kertelaluan, menipu, rasuah dan kronisma. Disamping itu, Tuhan juga mahukan ialah agar pemimpin-pemimpin politik ini menyeru semua umat Katolik daerah ini untuk kembali kepada Tuhan dan menghadiri missa setiap minggu. Dan sekiranya timbul apa-apa isu mengenai Kristian di Negara kita ini disebabkan oleh salah-faham, Tuhan juga mahukan pemimpin-pemimpin politik ini agar mempertahankan kesucian agama ini seorang diri dan tanpa menunggu arahan daripada sesiapa pun.
Mampukah mereka melakukannya?..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment