Thursday, 13 October 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia Menghapuskan Sistematik Peniaga Peniaga Tempatan

Penubuhan kedai rakyat oleh BN merupakan satu kaedah penghapusan sistematik terhadap peniaga-peniaga tempatan diseluruh Malaysia. 

walaupun barangan yang dijual dikedai-kedai rakyat ini jauh lebih murah daripada apa yang ditawarkan oleh peniaga2 tempatan kita yang peramah, sanggup memberikan diskaun dan hutang (kpd pelanggan tetap, lama dan dikenali), namun ini akan menyebabkan satu keadaan yang 'rigid' dalam industri ini dimana pembelian dijalankan dalam keadaan tidak mesra dimana 'cuma mereka yang berwang sahaja boleh membeli..'

sekiranya kerajaan BN pimpinan PM bersimpati dengan keadaan rakyat Malaysia yang dibebani dengan masalah harga barangan yang meruncing, mereka sepatutnya menubuhkan Korperasi 1Malaysia yang dianggotai oleh peruncit2 tempatan yang akan memegang saham2 dalam korperasi ini.. Kerajaan bolehlah menyalurkan bantuan kewangan ataupun mengarahkan produk2 ini dijual dikedai-kedai peniaga ini yang memang sudah sedia ada..

dan label atau sticker korperasi ini bolehlah dilekatkan disemua kedai2 peniaga ini agar rakyat mengetahui mengenainya...

namun, persoalannya, adakah Kerajaan BN sekarang mahu memonopoli sektor perniagaan runcit dan membuat seberapa banyak keuntungan dari sektor ini berikutan dengan kenaikkan harga yang mendadak?..

No comments:

Post a Comment