Pemimpin A seringkali menerima pelbagai jenis aduan dari orang ramai dan dia pun berkongsi dengan saya mengenai satu aduan yang amat menarik mengenai bagaimana dakwaan Projek IC ini dipraktikan dalam sesebuah pilihanraya.
Pemimpin A memberitahu saya bahwa seorang lelaki telah datang dan bertemu dengannya berkenaan dengan masalah MyKad kepunyaan lelaki tersebut. Lelaki tersebut telah meminta Pemimpin A untuk membantunya untuk memberikan MyKad yang sebenar. Pemimpin A ini pun meneliti MyKad yang diberikan oleh lelaki itu kepadanya. Selesai sahaja meneliti MyKad tersebut, Pemimpin A pun merasa hairan dan bertanyakan kepada lelaki tersebut mengapa dia pula dia meminta MyKad yang sebenarnya, sedangkan MyKad yang diperiksa oleh Pemimpin A tersebut adalah tulin.
“Tuan,” katanya lelaki tersebut. “MyKad ni tidak boleh gunakan untuk naik kapal terbang ataupun buka akaun Bank.”. Pemimpin A pun bertanyakan lebih lanjut, mengapa pula macam itu dan di JPN kawasan mana dia memohon MyKadnya itu.
Lelaki itu pun mendedahkan kepada Pemimpin A yang dia sebenarnya memang tidak ada MyKad (bukan warganegara Malaysia lah tu..). Tetapi pada masa pilihanraya yang lalu, lelaki tersebut telah didatangani oleh seseorang (ejen) dan memberitahunya bahawa lelaki tersebut akan dibayar saguhati dengan syarat, dia pergi dan mengundi sesebuah parti politik pada masa pilihanraya. Dan membolehkan lelaki itu untuk mengundi, lelaki itu juga akan diberikan MyKad (yang mesti dikembalikan kepada ejen tersebut untuk membolehkan lelaki tersebut menerima saguhatinya). Dan seperti yang dijangka, nama lelaki itu (seperti yang tertera di MyKad yang diberikan kepadanya itu) memang ada dalam daftar nama penggundi SPR.
Namun, selesai sahaja mengundi, lelaki terbut memikirkan bahawa adalah lebih baik dia menyimpan MyKad tersebut daripada mengambil saguhatinya itu kerana dia memang tidak mempunyai IC/MyKad. Maka, dia pun tidak mengembalikan MyKad tersebut kepada ejen itu. Dan malangnya, walaupun MyKad tersebut adalah tulin namun MyKad tersebut adalah MyKad blacklisted!.
Ini merupakan salah satu contoh mengenai bagaimana Projek IC adalah satu ancaman kepada sistem demokrasi dan pilihanraya yang adil di Sabah. Selain daripada itu, mereka yang tidak mengembalikan MyKad ini mampu mengubah sistem sosial dan ekonomi di Sabah. Mereka dengan mudah sekali dianggap sebagai warga Sabah dan akan diterima berkerja di mana-mana sahaja malah menggunakan perkhidmatan sosial di Sabah seperti hospital, klinik dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment