![]() |
Salah
satu daripada isu yang sedang melanda Negeri Sabah pada masa sekarang
namun jarang diberikan perhatian khusus oleh belia-belia dari ‘urban and
sub-urban area’ kecuali mereka yang menjadi ahli sesebuah pertubuhan
parti politik ataupun NGO adalah isu rampasan tanah NCR di Negeri Sabah.
Namun secara amnya, belia-belia dan golongan muda di kawasan
urban/suburban dan dibawah umur 25 tahun di Negeri Sabah amat peka dengan isu-isu PTI.
Semasa perbincangan saya dengan Pemimpin A, beliau telah mengatakan
kepada saya bahawa pada masa sekarang, ‘he has a very thick volume of
all the complaints by the natives in Sabah relating to the NCR land
grabbing issues’. Thick volume means hundreds.
Selepas
perbincangan saya dengan beliau, saya berfikiran bahawa adalah sesuatu
yang amat menghairankan apabila sesebuah tanah rizab yang telah
diterokai, diusahakan dengan pelbagai jenis bentuk
pertanian/penternakkan dan didiami selama beberapa dekad oleh
penduduk-penduduk asal/tempatan Negeri Sabah dengan mudah sekali
di-musnahkan oleh syarikat-syarikat gergasi tempatan mahupun luar atas
alasan pembangunan dan bahawa Kerajaan Negeri Sabah telahpun
mengasingkan (alienated) tanah tersebut kepada syarikat-syarikat ini.

Kejadian-kejadian rampasan tanah NCR oleh syarikat-syarikat yang berlaku di-beberapa kawasan pedalaman Negeri Sabah amatlah menyedihkan dan pada masa yang sama pula, amat menakutkan kerana ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak memberikan sebarang keutamaan kepada penduduk tempatan/asal negeri ini. Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan?
Apakah pengasingan tanah NCR ini mengikut prosedur yang betul ataupun tidak?
Saya amat bersetuju dengan kata-kata John Locke yang telah menjadi garis-panduan saya sejak 1996 lagi mengenai hubungan dengan Kerajaan yang memerintah dengan rakyat yang diperintah :-
“….I believe that the relationship between our Government and the people took the form of a 'contract,' in whereby the we ('the People') agreed to surrender certain freedoms we enjoyed under the state of nature in exchange for the order and protection provided by our Government, exercised according to the rule of law. However, if our Government oversteps its limits and begins to exercise arbitrary power, it forfeits its 'side' of the contract and thus, the contract becomes void; the citizens not only have the right to overthrow the state, but are indeed morally compelled to revolt and replace it.
(John Locke - The Two Treatise of Governments)…..”
Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia telah membiarkan isu-isu PTI/IFACs yang sekarang mengancam negeri kita dengan sikap acuh tidak acuh mereka mengenai permintaan penubuhan Suruhanjaya Syarikat Diraja mengenai PTI/Projek IC dan pada masa yang sama pula, kejadian rampasan tanah NCR oleh syarikat-syarikat gergasi ini membawa kepada kemusnahan ekonomi dan kesusahan kepada penduduk-penduduk tempatan. Rakyat Sabah tidak sepatutnya memberontak melalui tunjuk perasaan jalanan ataupun anarki untuk menunjukkan ketidak-puasan hati mereka tetapi melalu penyatuan bersama dan melalui peti undi..
Ubah!.
Christopher ‘Toguk’ Masudal
No comments:
Post a Comment