Wednesday, 12 October 2011

Penyalaan semula lampu-lampu jalanraya di Kg. Hungab dan Kg. Gunsing.

Penampang Youth Movement For Change (PYM4C) mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak2 yang terbabit dalam penyalaan semula lampu-lampu jalanraya di Kg. Hungab dan Kg. Gunsing.

Dalam hal ini, keperihatinan yang ditunjukkan oleh wakil2 rakyat, JKKK, SESB, MDPG dan JKR dalam menangani masalah streetlight di daerah ini adalah sesuatu yang amat dihargai demi memastikan daerah Penampang ini sentiasa selamat. 

PYM4C juga mengharapkan agar penyalaan semula lampu-lampu jalanraya ini tidak dilakukan hanya ‘untuk memancing undi’ hanya kerana pilihanraya semakin hampir. Maka, untuk mengelakkan persepsi penduduk Penampang bahawa penyalaan semula streetlight ini hanya untuk memancing undi, PYM4C mencadangkan agar satu jawatankuasa infrastruktur ditubuhkan untuk memantau dan menyelia lampu-lampu jalanraya di daerah ini dan akan dianggotai oleh semua pihak yang berkenaan. Jawatankuasa ini bolehlah bermesyuarat sebulan sekali untuk menyampaikan semua masalah2 mengenai lampu2 jalanraya di daerah ini.. Selain daripada itu, jawatankuasa ini juga bolehlah juga berbincang mengenai keaadan jalanraya dan parit-parit anti banjir yang seringkali diabaikan dan menjadi punca kepada banjir kilat serta penyakit berjangkit.

Akhir sekali, PYM4C juga menggesa agar pihak Kerajaan berbuat sesuatu dengan streetlight yang tidak berfungsi dari Sigah ke Kampung Maang dan dari roundabout Kibabaig ke Minintod dan ke Kivatu.. Jalanraya2 ini merupakan jalanraya utama yang digunakan oleh hampir semua penduduk Penampang dan adalah diharapkan peruntukkan yang diberi digunakan sebaik mungkin dan mengikut ‘keutamaan’ untuk mengelakkan pembaziran.

Sekian dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment