7 November 2011, saya telah menanyakan apakah pelan bertindak yang telahpun disediakan oleh MP Penampang dan ADUN Moyog/Kapazan sekiranya banjir melanda daerah Penampang berikutan dengan amaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia mengenai banjir yang paling teruk dalam dekad ini..
Pada masa sekarang (19.11.2011), hampir semua longkang2 utama di Penampang telahpun dipenuhi dan melimpah ke-jalan raya. Namun, MP Penampang dan ADUN2 Moyog/Kapazan berada dimana sekarang?.. Majlis kahwin?..
Adakah Bomba, RELA dan JPA sudah bersiap-sedia? Berapakah bot disediakan untuk tujuan search & rescue sekiranya rumah2 di kawasan siring sungai mengalami masalah? Tanah runtuh kawasan bukit?.. Kereta hanyut?.. Dan berapakah gallon air bersih disediakan ditempat2 pemindahan sekiranya banjir menjadi teruk? Ubat2-ubatan? ..
Mungkin banjir boleh dielakkan sekiranya longkang dalam keadaan baik tapi biasalah, ada saja alasan nanti yg dikeluarkan.. Tetapi perkara utama adalah 'ADAKAH MP DAN ADUN-ADUN INI MEMIKIRKAN PENDUDUK PENAMPANG TERLEBIH DAHULU?.. '
Jawapannya : anda sendiri yang boleh fikirkan..
No comments:
Post a Comment