Monday, 14 November 2011

Winnable Candidate???

( Winnable Candidate )


VS.

( High Performance Leader )

Sa pernah beli DVD player jenama Akira. PORTA namanya. Nampak betul2 compact dan solid. Multi function lagi tu.. Tapi yang paling best, harganya Cuma RM99.00. Apa lagi, angkat terus!!!..

Malangnya, tu DVD player cuma tahan 6 bulan. Kalu main movie ataupun karaoke DVD, pandai hang-hang. Bila tanya kawan sa, kawan sa bilang, telampau kena skip scene sma reverse-rewind. Then, dia pun katawa sma ckap sama sa “Napa juga ko beli tu Akira? Kalu ko top up RM40.00 saja, ko dapat beli tu SONY DVD player harga RM150.00 di Karamunsing..”

Malu sa.. Hehe.. Sa cuma ckp becoz bentuknya dan harganya amat menarik hati saya..

Dalam hal ini, sa beli Akira DVD player tu (walaupun sa tau performancenya tidak sebaik Sony DVD player) kerana Akira tu ialah a ‘winnable DVD player’ in my eyes.. Sama juga dalam politik. Ahli politik di Sabah bolehlah diumpamakan seperti DVD player dari pelbagai jenama. Dan tiba-tiba pula UMNO keluar dgn idea winnable candidates yang bererti ‘asal boleh kena jual'. Maksudnya ‘forget performance, yang penting BN punya calon tu buli menarik hati penggundi2 dan seterusnya membawa kemenangan BN..’

Bagaimanakah pula bakal2 calon BN itu menonjolkan diri mereka di mata pengundi sebagai ‘a winnable candidate’? Alah, senang saja!.. Kalu ada pemimpin2 BN yang secara tiba2 selalu saja keluar di Daily Express menjelang pilihanraya dengan pelbagai cerita2 pasal dia tu, ahhhhh, itu-lah usahanya untuk mo jadi ‘A Winnable Candidate’ tu… Mau jual DVD player mcm tu la bah… Mesti kasi tau apa yg dia ada TAPI jangan kasi compare sma SONY DVD player.. Kalu tidak, MAMPUS..

Seperti mana Akira DVD player yang offer fancy design and cheap pricing tanpa mengutamakan prestasi tinggi, kita juga boleh terpikat dengan perasaan yang berkaitan dengan agama ataupun bangsa kita sendiri tanpa memberikan perhatian khusus samada ahli politik itu ialah a high performance politician. A high performance leader amatlah diperlukan sekiranya kita mahu compete dengan lain-lain bangsa di Malaysia. Dalam hal ini, penembusan idea-idea lama yang sudah basi dan terkongkong memerlukan a high performance leader untuk membolehkan Penampang kembali menguasai Sabah dan seterusnya, Malaysia. 

Akira Vs Sony : Winnable Candidate Vs A High Performance Leader… The choice is yours..

No comments:

Post a Comment