Apakah sebabnya UMNO-BN mendominasi keadaan politik Sabah terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman?. Memang, salah satu sebabnya adalahpengundi hantu tetapi penerimaan rakyat Sabah adalah disebabkan oleh keadaan ekonomi rakyat Sabah sendiri.
Dalam hal ini, keadaan ekonomi yang amat teruk di Negeri Sabah dimana lonjakkan kenaikkan harga barangan keperluan pastinya akan mendorong rakyat Sabah untuk memikirkan secara lebih mendalam samada menjadikan semangat nasionalist (love towards the Land) ataupun keadaan ekonomi mereka sebagai penentu ketika mereka keluar mengundi nanti. Rakyat Sabah bukannya bodoh. Mereka mungkin tidak selantang kita semua di page ini namun mereka akan membuat penilaian mereka sendiri dalam diam-diam. Dan majoriti rakyat Sabah biasanya akan memikirkan keadaan keluarganya sendiri (anak yang masih kecil dan ibu-bapa yang sudah tua) sebelum orang lain. Bermakna, sesiapa sahaja yang mampu menjatuhkan UMNO/BN (yang dianggap tidak mampu mentadbir sistem ekonomi Negara dengan baik sehingga menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan) pastinya akan menjadi pilihan. Disini, DAP/PKR memberikan jaminan mereka bahawa mereka akan mampu mengatasi masalah ekonomi yang teruk di Sabah dan Penang/Selangor menjadi bukti kemampuan mereka.
Disamping itu, kehadiran PTI/PATAI yang amat membimbangkan di Sabah juga bakal menjadi penentu rakyat ketika mereka keluar mengundi, Isu PTI/PATAI telah menjadi isu yang diketahui oleh hampir semua lapisan masyarakat di Sabah, dari yang berumur 12 tahun hingga lah ke 80 tahun. Harus diingat, PTI/PATAI adalah masalah keselamatan Negara dan memerlukan pendekatan holistik dan untuk menanganinya memerlukan kos kewangan yang tinggi, lojistik supremacy, hubungan /dasar luar Malaysia. Bermakna, cuma dengan menukar Kerajaan Pusat masalah PTI/PATAI ini benar-benar dapat diatasi.
Dalam kedua-dua isu ini, Pakatan Rakyat telah memberikan jaminan mereka melalui Buku Jingga bahawa masalah-masalah Negara (dan bukannya Negeri) ini akan diatasi dalam 100 hari sekiranya mereka diberi mandat oleh rakyat. Pentadbiran DAP di Pulau Pinang, PKR di Selangor dan PAS di Kelantan hanyalah satu penunjuk bagaimana keadaan yang serupa akan diaplikasikan di Sabah.
No comments:
Post a Comment