Thursday, 10 November 2011

Kasian betul Penampang tau.. Sabah dapat berbillion-billion peruntukkan dari Federal tapi streetlight dari roundabout Sigah sampai Maang masih lagi dalam keadaan macam 1980an..

Streetlight di-tempat lain bagus. Terang. Tapi streetlight di jalanraya ni macam itu lampu torchlight yg mau mati sudah tu bateri dia.. Bikin panas sma buang duit saja.. Sudahlah mau mati sudah tu, tiada pula streetlight di-bahagian2 yang ada corner-corner merbahaya. Org pula biasanya guna highlight sini pasal dorg takut langgar anjing, babi, kerbau dan lain2 yang melintas tu jalanraya smpai org yg driving arah bertentangan dan kena silau tu highlight.. Apa lagi, confirm kena maki-maki lah org yang guna highlight tu..

Sepatutnya, pada tahun 2005 lagi, kalu tu Kerajaan betul2 serius dengan agenda rakyat, usaha untuk menaiktaraf streetlight dari jenis 80an kepada yang baru (streetlight yang warna kuning dan terang-terang tu) di jalanraya ini sudah dijalankan. Jalanraya sudah kna buat bagus2, so masa tu, streetlight warna kuning dan terang tu patut sudah kna pasang dan menyala.

Saya punya kesimpulan ialah seperti berikut :-

1. Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Musa Aman tiada duit buat/urus streetlight yg betul2 bagus pnya dan diorang bohong saja pasal Sabah punya financial management is the best in Malaysia;

2. Wakil-wakil rakyat BN di daerah Penampang tidak peduli untuk meningkatkan status daerah Penampang dan tidak berminat dengan benda2 mcm ni (kalu tidak masakan streetlight mcm tu keadaannya dari 1980s lagi);

3. BN ckp, kita smua akan hidup dalam keadaan gembira dan makmur sekiranya kta undi diorang. Tapi kalu ini mcm lah keadaannya saja sejak tahun 2005, bagus lagi undi Pembangkang. Tiada beza juga kan kalau Pembangkang menang di Penampang tapi sekurang-kurangnya, kta buli cakap ‘BARU TAU BN PSAL TIDAK PEDULI BASIC UTILITY DI PENAMPANG.. NAH, APA LAH KAU RASA BILA KAU KALAH?..’

4. Saya salute betul dengan orang2 yang tinggal di Penampang dan guna jalanraya ni tiap-tiap hari pasal mempunyai daya kesabaran yang amat tinggi dan sanggup menunggu.

Actually, saya pun mau tengok juga bah macam mana Pembangkang akan memastikan streetlight disini kena kasi upgrade dlm masa 5 tahun. Hehehe… Tapi kita tidak akan tau kan selagi diorang tidak peluang kan?

No comments:

Post a Comment